Sunday, April 21, 2013

aku benci kat ko lah sengal!!

Alhamdulilah Ya Allah.. itulah ayat yang terkeluar dari mulut aku setelah aku membuka surat tawaran sambung belajar ke ijazah sarjana muda di ipta di shah alam dalam bidang perniagaan.. cerita gila ni bermula semasa aku pergi mendaftarkan diri di universiti tersebut.. hari pertama aku di sana sudah membuatkan aku sakit hati dengan sorang mamat 'buta' nih.. setelah selesai mendaftarkan nama, asrama dan taklimat, aku terus ke bilik asrama untuk menyimpan barang-barang dan mandi.. semasa aku menaiki anak tangga dengan kedua-dua tangan aku penuh dengan beg yang berat, tiba-tiba datang seorang lelaki melanggar bahu aku lalu aku jatuh terduduk aku kat atas tangga tu, nasib baik aku tak tergolek jatuh dari tangga tu, kalau tak, masuk hospitallah jawabnya.. yang aku rasa sengal sangat pasal mamat ni ialah sepatutnya akulah yang marah dia tapi sebaliknya. dia pulak yang marah kat aku " buta ke apa ko ni?.. aku yang macho cam ni ko nampak ke? ".. tiba-tiba aku rasa darah aku menyirap naik.. tanpa membuang masa, turn aku plak yang sound engkau mamat sengal. " wei aku ke ko yang buta.. engkau yang langgar aku sampai aku jatuh.. dahlah tak bantu aku, tiba-tiba ko sound aku plak.. chantek btol adab ko.. huh sengal punye orang.. tepi argh.." aku pon meneruskan perjalanan aku menuju ke bilik asrama..

( BERSAMBUNG )